Saturday 26 January 2013

Iyas bin Mu'awiyah: Pakar Berhujah (Part 2)

Assalamualaikum asif kerana lambat post.. Perindu Rasulullah s.a.w sibuk dengan pendaftaran hehehhe...

Allahamdulillah Perindu Rasulullah s.a.w dapat juga meng "update" kan post baru




Allhamdulillah

Bersambung dari kisah sebelumnya….
Merasai bahawa dia telah tewas oleh jawapan Iyas, dimana anak muridnya sendiri, beliau mengangkat tangannya sambil berkata kepada Iyas, “ Semoga Allah mematikan kamu sebelum dewasa”

# Perindu Rasulullah s.a.w rasa, bahawa guru Iyas amat marah atas tindakan Iyas sampai beliau mendoakan kematian Iyas..


Selepas tragedi itu, semakin hari semakin tersohor kehebatan Iyas di seluruh masyarakat, sehinggakan ramai orang datang menziarahinya dari seluruh pelusuk tempat untuk menyaksikan sendiri keluasan ilmu, kewarakan dan kecerdasan beliau. Sebahagiannya ingin belajar dengannya, sementara yang lainnya ingin menguji kehebatan beliau dan berdebat dengannya.

Pernah seorang yang bertaraf pemimpin kaum datang ke majlisnya, Beliau bertanya “wahai Abu Wathilah (gelaran buat Iyas), apa pendapatmu tentang minuman yang memabukkan?”

Bagi orang soleh yang tinggi kedudukannya disisi Allah s.w.t. Iyas telah diberikan firasat bahawa pertanyaan lelaki itu hanya bertujuan untuk menguji dan seterusnya untuk menghinanya.

Dia lantas menjawab “HARAM!”

Pemimpin itu membalas, “dari sisi mana dikatakan haram, kerana sedangakan ia buah dan air yang diperam. Kedua-duanya halal.”

Anggur dan air.. (sedapnya)
Iyas menanya: “ adakah kamu sudah selesai berbicara, wahai saudara, atau kamu mahu menanya lagi?
Pemimpin itu membalas “Sudah”. Iyas mengatakan, ‘ Seandainya ku ambil air dan ku siramkan ke mukamu, apakah kamu rasa sakit?”

Beliau menjawab, “Tidak”, “Jika ku ambil segenggam pasir lalu ku lemparkan kepadamu, adakah rasa sakit?” Tanya Iyas. Beliau menjawab, “Tidak!”

Iyas membalas. “Sekarang, jika ku ambil pasir, campur dengan air, lalu digaulkan. Adunan itu aku jemur sehingga kering, lalu ku ambil dan pukul kepala kamu, adakah sakit?” Mestilah” jawab Pemimpin itu.
Iyas menerangkan, “begitulah dengan khamr iaitu arak, apabila dikumpulkan bahagian-bahagian dan diolah menjadi minuman yang mabukkan, maka HARAM”

Iyas merupakan seorang yang fasih dalam berhujah..Beliau sering pandai mematahkan hujah orang lain.. Beliau juga berhujah bersumberkan Al Quran



Harap kita mendapat ikthibar dari kisah sirah beliau dalam memberi hujah untuk melawan sesiapa yang mengutuk Islam atau mempersoalkan Islam..

Quran yang cantik
#Perindu Rasulullah s.a.w sungguh kagum akan keperibadian beliau, kita bila lagi?? 
(persoalan yang wujud dalam kepala)

Sekian dari Perindu Rasulullah s.a.w

Xie Xie, Shukran Jazillan, Terima Kasih dan Thank You

Form Perindu Rasulullah s.a.w

Thursday 17 January 2013

Ibarat Tanah dan Hujan, Tapi tanah jenis apa aku ini?


Satu hari di bulan Muharam, hujan turun dengan lebat. Kesejukan membuatkan Saiful terjaga dari tidurnya. Sedar-sedar sudah pukul 9. Kelas dia bermula pada pukul 8...


Hujan
Saiful seorang yang pemalas dan biadap. Dia sering memarahi ibu bapanya demi memenuhi kepuasan nafsu sendiri. Mak Saiful menjerit  " Saiful pergi kedai sekejap lepas tu ajar adik kamu sifir, sebab kamu tak pergi kuliah, jadi kamu terpaksa ajar adik kamu, Faham tak Saiful?"

"Buat apa saiful nak ajar dia, dia memang tak pandai dah, nak bagi pandai buat apa, lagi pun memang Saiful tak nak pergi kuliah pun, Saiful kan dah pandai, buat apa nak pergi kelas, pergi exam je lar... Lebih baik main DOTA kat rumah lagi bagus!" Jawab Saiful dengan nada tinggi.

"Tolong mak pergi kedai sekejap," Mak Saiful menjerit sambil memasak. "Mak nampak tak hujan kat luar tu, buta ke?" Saiful membalas dengan kurang ajarnya.

kisah beliau bersambung.....


Terdapat banyak hadis-hadis sahih menceritakan kepentingan ilmu itu,
Kali ini Perindu Rasulullah s.a.w memilih hadis

Rasulullah s.a.w telah membuat satu perumpamaan tentang hidayah dan 
ilmu yang dibawa oleh baginda untuk seluruh alam- ibarat "Hujan". 
Ya Rasulullah s.a.w telah menjadikan petunjuk dan ilmu sebagai
'Hujan' manakala hati-hati manusia pula Baginda ibaratkan 
sebagai "Tanah".

Ilmu- Hujan yang lebat menimpa bumi
Manusia- Tanah-tanah dibumi, dimana Baginda telah membahagikan kepada 3 jeni
s

Pertama
     "di antara tanah itu ada yang suci dan baik, boleh menerima air, lalu tumbuhlah di atasnya 
rumput-rumput dan tumbuhan yang banyak".

tumbuhan
Siapakah golongan ini? Mereka adalah orang yang menuntut ilmu dan hidayah dari Allah s.w.t dan beramal dan memanfaatkannya untuk diri mereka. Malah mereka juga memanfaatkan ilmu itu untuk kepentingan orang lain juga dan menyebarkan nya..

Adakah saiful dalam golongan ini?


Kedua
"di antara tanah itu pula, ada yang tidak tumbuh tanaman, ia menakung air, maka dengannya Allah s.w.t memberikan manfaat kepada orang ramai. mereka minum, memberi minuman dan juga bercucuk tanam."

tanah yang bertakung air

Inilah golongan yang juga baik nilainya, walaupun mungkin mereka tidak mengambil faedah atau kepentingan daripadanya atau ilmu tidak begitu berkesan pada diri mereka, namun merek berjaya untuk menyebarkan ilmu itu dan menyampaikan kepada orang lain. Maka ramai manusia yang mengambil faedah daripada tersebut malah lebih baik dari dirinya. Namun tidak mengapa, kerana sekurang-kurangnya menyampaikan ilmu itu dapat menambah sahamnya di akhirat kelak.

Adakah Saiful dalam golongan ini?

Ketiga
"dan hujan itu menimpa satu jenis tanah lagi, ia hanyalah tanah gersang. tidak mampu menakung air dan tidak pula menumbuhkan tumbuh tumbuhan".

tanah gersang

Mampukah kita berkata apa-apa tentang golongan ini?
Sudahlah tidak menerima ilmu, dirinya juga tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang lain.


Adakah Saiful dalam golongan ini?


Kesimpulan
Oleh sebab itu di akhir bicara, Baginda s.a.w telah membuah kesimpulam tentang jenis-jeniss tanah tersebut:

 "Begitulah diibaratkan seseorang yang memahami agama Allah dan dirinya mendapat kebaikan daripada apa yang Allah berikan kepadaku. Dia mengetahui lalu mengajarnya kepada orang lain. Begitu jugalah diibaratkan pula seseorang yang tidak mempedulikan apa yang diberikan kepadaku, dan tidak menerima petunjuk Allah yang diutuskan aku dengannya."

Tugas kita lah untuk menyampaikan apa yang Rasulullah telah sampaikan, itulah tujuan berdakwah iaitu mengajak orang kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Mari kita fikir bersama....
Ayuh!! Bangkitlah wahai saudaraku, bila lagi nak berdakwah dan bangkitkan Islam di muka bumi ini?
Ayuh saudaraku, bila lagi kita nak perjuangkan Islam?
Ayuh saudaraku, bila lagi kita nak umat Islam menang?
Ayuh saudaraku bila lagi kita nak berdakwah? kalau bukan kita? jadi siapa??

Ustaz?, Ustazah? Ulama? Guru agama? Tokoh ilmu? siapa lagi, kalau bukan kita?

Tanah jenis apakah kita??
Adakah selama ini kita benar-benar menafaatkan "hujan"?

Perindu Rasulullah s.a.w termenung seketika... Elok kita termenung sambil melihat "Hujan" menimpa "Tanah".

Selamat berfikir......
From Perindu Rasulullah s.a.w






Tuesday 15 January 2013

Iyas bin Mu'awiyah: Pakar berhujah (Part 1)

Assalamualaikum, Perindu Rasulullah s.a.w hari ni nak share something tentang Iyas bin Mu'awiyah. Kisah ini perindu baca dari sebuah buku betajuk 'Mereka adalah Tabi'in".





Nama sebenarnya ialah Iyas bin Mu'awiyah bin Qurrah al-Muzani, lahir pada tahun 46 H di daerah Yamamah, Najd. Kemudian beliau pindah ke Basrah bersama keluarganya. Di situlah beliau menuntut ilmu . Beliau sering ke Damsyik ketika masih remaja untuk menimba ilmu dari sahabat-sahabat yang mulia dan tokoh-tokoh talibin yang masih hidup di sana.


          

Basrah



Kecerdasan dan bakat beliau telah terselah sejak kecil lagi. Telah diriwayatkan bahawah ketika kecil, beliau belajar ilmu hisab di sebuah sekolah yang diajar oleh Yahudi ahli zimmah (mereka yang dapat hidup aman di bawah naugan Islam).

mathematics


Pada suatu hari berkumpullah teman-temannya  daripada kalangan Yahudi itu, lalu mereka asyik membicarakan masalah agama mereka tanpa menyedari bahawa Iyas turut mendengarnya...

Guru Yahudi itu berkata kepada teman-teman Iyas: " Tidakkah kalian hairan dengan orang Islam? Mereka berkata bahawa mereka akan  makan di syurga sebanyak dikehendaki, namun mereka tidak buang air besar."





sedapnyaa ~~


Kata-kata itu menyebabkan murid-murid guru tersebut tergelak besar kerana guru itu telah memperbodohkan umat Islam. 

Iyas lalu berkata: "Bolehkah saya turut serta dalam pekara yang kalian bincangkan ini wahai guru?"
Silakan!

Iyas bertanya: "Adakah semua makanan yang dimakan di dunia ini keluar menjadi najis dan kotoran yang keluar dari tubuh?"

Jawabnya "Tidak!"

Iyas : "Lantas kemana makanan itu pergi?"

Guru itu mula terjerat dengan kebodohan sendiri. Dia menjawab "Ia akan bertukar menjadi zat untuk jasmani."

Iyas meneruskan hujahnya: "Lantas mengapa kalian mengingkari bahawa makanan itu boleh kekal dalam badan manusia? Jika makanan yang kita makan di dunia sebahagiannya diserap oleh tubuh, maka tentulah tidak mustahil di syurga seluruhnya diserap oleh tubuh untuk mejadi zat jasmani."

Kisah dia bersambung.......................


Harap kita sama-sama dapat berhujah seperti beliau.

Mukah bangga~~
Senyum~~

From Perindu Rasulullah s.a.w


Monday 14 January 2013

Sujud Sahwi ku!

Satu hari Perindu Rasulullah s.a.w teringin rasa nak solat subuh di sebuah masjid berdekatan.. Sudah bangun awal dah ni, semangat semakin membara sehingga boleh masak sepinggan nasi...



Pergi-pergi, imam sudah membaca Al-fatihah dah... Apa lagi, saya pun kelam kabut lar jadinya. Saya pun masuk lar dalam saf... tiba sampai rakaat kedua, imam sedang rukuk sambil makmu sedang mengikut imam, selepas iktidal, imam terlupa baca Doa Qunut... 

Dalam hatiku berkata "Adoiii, imam ni terlupa pulak doa qunut, macam mana aku nak buat ni, sujud lepas tahiyat akhir tu apa nama dia?, nak baca apa?". Macam-macam persoalan di kepala otakku ini.

Selepas selesai solat, saya terus balik dan terbaca sebuah artikel tentang sujud syahwi....

TATACARA SUJUD SAHWI

Dipetik dari buku beberapa Persoalan Lazim tentang Solat (Mohd Yaakub bin Mohd Yunus)

Maksud sahwi ialah dari segi bahasa ialah lupakan sesuatu. Menurut Muhammad bin Shalil al-'Utsaimin rahimahullah: Sujud sahwi ialah dua sujud yang dilakukan oleh sesorang yang bersolat untuk menutup kekurangan ketika solat yang disebabkan lupa.




Kebiasaan di Malaysia:
1) Ianya dilakukan selepas tahiyat (tasyahhud) akhir sebelum salam.
2) Bacaan dalam sujud سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو (Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa)

Kita seharusnya mencontohi Nabi kita, kerana
                          "Solatlah sepertimana kamu melihat aku bersolat."

Setelah meneliti hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, kita dapati sujud sahwi ini dilakukan samada sebelum atau sesudah salam bergantung kepada situasi kekurangan atau penambahan yang berlaku dalam solat. Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah menyatakan:


Sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi dalam solat secara global ada tiga hal iaitu:


1. Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya.


2. Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat.


3. Ragu-ragu (Shak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat samada tiga atau empat.

Sebelum kita meneruskan perbincangan di dalam bab ini, adalah baik sekiranya terlebih dahulu ditegaskan bahawa penambahan atau pengurangan gerakan dalam solat secara sengaja boleh membatalkan solat. Sujud sahwi hanya disyari’atkan ke atas kekurangan atau penambahan yang berlaku di dalam solat secara tidak sengaja. Ini sebagaimana Sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:



إِذَا زَادَ الرَّجُلُ أَوْ نَقَصَ فَلْيَسْجُدْ سَجْدَتَيْنِ.


Jika solat seseorang terlebih atau terkurang, maka hendaklah dia sujud dua kali.



Bacaan Ketika Sujud Sahwi

Jika kita teliti hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan sujud sahwi, ternyata baginda shalallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengajar bacaan khusus yang perlu dibaca ketika sujud sahwi ini. Apa yang dapat kita simpulkan di sini bahawa bacaan ketika sujud sahwi adalah sama seperti yang dibacakan dalam sujud solat yang biasa:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
.

Maha suci Tuhanku dan segala puji bagi-Nya.


Tentang bacaan سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو Subhaana man laayanaamu walaa yashuu (Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa), ianya bukan dari sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, tidak pernah diamalkan oleh para sahabat dan seluruh salaf al-Ummah termasuk imam-imam mazhab yang empat.

Muhammad Abdussalam Khadr al-Syaqiry rahimahullah berkata:
Tidak pernah diriwayatkan sesuatu doa yang khusus untuk sujud sahwi daripada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Doa yang dibacanya (shalallahu 'alaihi wasallam dalam sujud sahwi ) adalah sama seperti doa yang dibaca ketika sujud biasa. 

Kesimpulannya yang apa saya dah kaji, baca doa apa pun dibenarkan sebenarnya.... Harap maklum


Semoga dapat ilmu dari apa yang Perindu Rasulullah s.a.w post.




Shukran jazillan, Xie-Xie, Terima kasih, Thank You
Form Perindu Rasulullah s.a.w





Ingat Pemuda tak kuat ke?

Assalamualaikum... Perindu Rasulullah s.a.w nak share satu kisah.... Jom Dengar!


Satu hari di hari yang sungguh indah, Perindu Rasulullah s.a.w keluar ke hadapan rumah untuk mengangkat kain di ampaian baju. Perindu Rasulullah s.a.w memang seorang yang rajin pun.. hahaha (gurau). Tiba-tiba, datang seorang budak berumur dalam lingkungan 12 tahun dan mecuit saya sambil berkata "abang buat apa tu?" . "Oooppocot!" Perindu Rasulullah s.a.w terus melompat. Mana taknya, budak lelaki tersebut cuit di bahagian sensitive saya.





Saya pun lihat muka budak tersebut, tiba-tiba, saya teringat akan cerita yang disampaikan oleh Murabbi saya di ........biarlar rahsia. Cerita itu adalah sebuah kisah sirah, dah agak dah semua orang mesti mengantuk punya baca sejarah. Tapi ini sirah Islam dan kisah yang perlu di ambil pedoman dan pengajaran.






            KISAH MUAZ DAN MUAWIZ YANG BERHASRAT MEMBUNUH ABU JAHAL


Jeng.jeng.jeng!! mesti semua sedang menantikannya kan??
Sebelum itu, kita harus tahu siapa Abu jahal sebenarnya, biar Perindu Rasulullah s.a.w memerah otak sekejap, banyak sangat benda-benda "lagha" (tak berfaedah) ni...

tut.............tut..........tut.................tut.............. okay  dah dapat!

Abu Jahal nama sebenarnya Abu Hakam bin Syams. Beliau pemimpin Quraisy yang sangat aktif dalam menentang Rasulullah s.a.w. Gelaran tersebut diberi kerana beliau ni nak tau tak, dia seorang yang jahil dengan kebenaran.. Ya Allah mintak simpang lar dari kita semua..


Kisah ini berlaku ketika perang Badar (17 Ramadhan 2H), Abdul al-Rahman bin Auf menceritakan telah datang dua orang pemuda iaitu Muaz bin Amru (14 tahun) dan Muawiz bin Arfa (13 tahun)  bertanyakan tentang Abu Jahal. Mereka bernasib baik kerana mempunyai tubuh dan semangat seperti orang dewasa. Lalu dibenarkan menyertai Perang tersebut.

Betapa sayangnya Muaz bin Amru kepada Rasulullah dapat digambarkan dalam perbualan beliau degan Abdul ar-Rahma

Abdul ar-Rahman bertanya kepada beliau, "apakah yang kamu mahu lakukan dengan Abu Jahal tersebut?"
Muaz menjawab: " Aku mendapat berita bahawa dia adalah orang yang selalu mencaci Rasulullah s.a.w. Demi Allah yang jiwa aku dalam genggamanNya! Jika aku melihatnya, mata aku tidak akan tertutup selagi salah seorang dari kami tidak gugur di medan perang."


Betapa sayangnya beliau terhadap Rasulullah s.a.w, kita apalah sangat, ikut sunnah pun tak nak... tepuk dada tanya lar iman...








Mari kita semua dengar apa yang diriwayatkan oleh Sahih Bukhari..

         Abdul al-Rahman bin Auf mengatakan: 

                   "Pada perang Badar, aku berada di tengah-tengah barisan para Mujahidin, ketika aku menoleh, ada dua orang pemuda berada di sebelah kiri dan kanan. Seolah-olah aku rasa mereka tidak dapat selamat dalam keadaan tersebut."

Ibnu Ishak meriwayatkan bahawa Muaz bin Amru bin al Jumahi berkata: "Aku dengar cerita mengenai kamu musyirikin dan Abu Jahal yang dikawal rapi, bak pokok besar yang diselaputi oleh pokok semalu yang rimbun, sukar untuk ditembus benteng pengawalan itu, beginilah gambaran pedang-pedang dan tombak-tombak yang mengawal keselamatan Abu Jahal. Mereka semua melaungkan "Abu Al-Hakim sukar untuk sampai kepadanya." Muaz berkata, "Bila aku dengar laungan itu, aku terus memberi perhatian dan bertekad untuk menerpa dan menebas separuh kakinya,demi Allah tiada apa yang dapat ku gambarkan peristiwa ini seelain daripada gambaran sebiji beras yang dipecahkan dengan hentakan kayu hingga berkecai kulitnya, itulah gambaran yang dapat kugambarkan. Pada masa itu, anak Abu Jahal, Ikrimah telah datang dan menetak aku dengan pedangnya hingga terkulai sebelah tanganku yang masih tersangkut dengan kulitku. Peperangan sengit menyiksaku, sehari aku berperang dengan mengheret tangan yang terkulai itu. Sehingga satu tahap aku rasa ia membebankan aku, aku terus memijakkan dengan kakiku sehingga ianya terputus dari badanku."

Beliau berkata "Wahai tangan, kamu mengangguku untuk berjumpa dengan Rasulullah".

Muaz pergi dan menemui Rasulullah s.a.w. Di masa itu Muawiz bin Arfa, melalui berhampiran dengan Abu Jahal yang sudah tercedera itu.. Muawiz berperang dengan  Abu Jahal, lalu Muawiz syahid di perang Badar.

Muaz berlari mencari Rasulullah untuk meceritakan bahawa Abu Jahal sedang nyawa-nyawa ikan di tempat petempuran tersebut, Lalu Rasulullah memerintahkan Abdullah bin Mas'ud untuk membunuh Abu Jahal. Abdullah bin Mas'ud bertemu dengan Abu Jahal, lalu menekan lehernya dan berkata, "Wahai musuh Allah dan RasulNya, pada hari ni Allah s.w.t. pasti akan menghina kamu."

'Dengan apa Allah akan menghina ku? Apakah kerana aku mati ditangan engkau?' Tanya Abu Jahal yang tetap dengan kesombongannya.

Abdullah bin Mas'ud mengangkat pedangnya hendak memenggal kepala Abu Jahal, beliau menanya,                         "Sebelum engkau membunuh aku, beritahu aku pihak mana yang akan menang pertempuran ini?" Abdullah bin Mas'ud menjawab, "Pasukan Quraisy kalah, pasukan Allah dan Rasulnya menang."

"Anda dusta wahai pengembala kambing!" Dia tetap dengan sifat angkuhnya itu.

Tanpa melengahkan masa, Abdullah bin Mas'ud terus memenggal kepala Abu Jahal





 "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami
 benar akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami."

(29:69)


Fuhhhhhhh... penat mengingat kisah ni, Kisah ini merupakan kisah yang amat dasyat.
Pengajaran yang Perindu Rasulullah s.a.w dapat kongsikan:

   1) Cuba lihat yang bersemangat tu dari golongan mana? Sudah tentu Pemuda, zaman sekarang pemudanya   mana? tepuk dada tanya diri sendiri, Kita sebagai golongan pemuda, kena ambil iktibar dan   bersemangat dalam memperjuangkan Islam di muka Bumi ini seperti saudara kita Muaz dan Muawiz.


   2) Sebelum membuat sesuatu kena lar merancang dulu agar ia berhasil, seperti Muaz dan Muawiz  membuat perancangan yang amat menakjubkan untuk membunuh Abu Jahal


Ana pun mengucapkan terima kasih kat adik yang mencuit ana tu kerana mengingatkan ana.. Perindu Rasulullah s.a.w rasa macam ana pun sama je dengan pemuda zaman sekarang. huh nanges~~

Sekian, Shukran jazillan

Sayonara, Masalamma, 
Dari Perindu Rasulullah s.a.w


Nanges~~ Ngee~~



Sunday 13 January 2013

Intro to know Perindu Rasulullah s.a.w (Muqaddimah)

Assalamualaikum ikhwah-ikhwah.

Apa khabar hari ni? Moga Allah sentiasa mengaja dan memberkati antum semua!.. >.<
( bajet saudara ni seorang yang caring)

Tentang saya??....... Nak tanya lebih??
                  Personal pleaseeeee.... ^.^

Now student at  International Islamic University of Malaysia..






InsyaAllah be a doctor one day... Pray for me! ~~ Muka nanges..



Perindu Rasulullah s.a.w pon baru je terjebak dengan benda-benda penting ni macam Usrah, dakwah, Tarbiyyah semua tu start tahun lepas. baru berapa bulan je.. Pengalaman tu tidak berapa sangat (bersalah sikit)...



InsyaAllah Perindu Rasulullah s.a.w cuba sedaya upaya untuk berdakwah dan menyambung tugas Rasulullah dalam menyebarkan Islam... My Murabbi now nama dia abg A...

Abg A tersengih lar tu (gurau je) :-)

Harap, ikhwah-ikhwah boleh membantu  Perindu Rasulullah s.a.w dalam melengkapkan blog ini....


                             



"Janganlah kamu bersikap lemah atau bersedih hati, kerana 
kamu tinggi darjatnya disisi Allah, jika kamu beriman..." 

(3:139)




Chaiyok~ Gambate~ Berusaha~Keep it up..                                                  

Sayonara readers!!
From Perindu Rasulullah s.a.w