Sunday 10 February 2013

Apa benda Tarbiyyah Dzatiyah tu??

As'salammualaikum antum semua,

Tut...tut.........tut........ (memikir idea)
TARBIYYAH DZATIYAH! TARBIYYAH DZATIYAH! TARBIYYAH DZATIYAH!!








Apa tu? Menu apa? Benda apa? Movie apa??

Tarbiyyah Dzatiyah ialah tuntutan dan keperluan tarbiyah (pembinaan) yang diberikan oleh seorang Muslim untuk membentuk keperibadian Muslim dari semua aspek.

Tarbiyyah Dzatiyah ini memerlukan usaha dalaman untuk penambahan kebaikan dalam diri seseorang individu tersebut.

KENAPA IA PENTING??

1) Menjaga diri terlebih dahulu mesti didahulukan dari menjaga orang lain. Itulah prinsip Tarbiyyah yang kita harus tahu.


Ini kerana, diri sendiri merupakan aset penting yang harus di perbaiki dahulu sebelum kita terjebak dengan mendakwah orang lain iaitu mungkin boleh guna istilah "Tarbiyyah Jama'ie". Nabi kita juga melarang umatnya yang mengajak kebaikan, padahal dirinya tidak memperbaikki kesalah terhadap dirinya sendiri..

2) Siapa lagi nak tarbiyyah (mendidik) diri sendiri, kalau bukan kita?

 Ini kerana diri sendiri tahu apa yang baik, apa yang bagus, apa yang buruk, apa yang hebat, apa yang kena buang dalam diri sendiri. Tiada siapa tahu melainkan Allah dan semestinya diri sendiri. Jadi kita lah kena ambil langkah untuk mengubahkan diri sendiri dengan pelbagai cara..

3) Hisab kelak secara individu





"Dan setiap orang daripada mereka akan datang kepada Allah
pada hari kiamat dengan seorang diri"
(19:95)

Kita sebagai hamba Allah s.w.t akan datang kepada Allah di hari kiamat kelak dengan membawa amalan diri sendiri dan secara individu.. tidak ada teman-teman dah, sahabat entah kemana, kawan baik dah lari jauh..

Sob...sob...sob

4) Diri sendiri sahaja mampu menghasilkan perubahan

Kita sahaja yang mampu mengubah diri kita ke lebih baik, kawan atau sahabat cuma membantu sahaja, perubahan itu terletak kepada diri sendiri kerana, kita sahaja yang tahu tentang diri kita.. Kefahaman ini akan membuatkan kita akan melakukan sesuatu terhadap diri sendiri agar kita menjadi orang yang lebih baik dari semalam..

5) Tunjang untuk tegar dan istiqamah



Untuk istiqamah dalam perubahan kita hingga ke akhir hayat, kita perlukan Tarbiyyah Dzatiyah ini untuk membantu sebagai "catalyst" atau bahan yang membantu kita...

6) Kaedah dakwah yang paling kuat
 Supaya kita menjadi "Qudwah" (contoh) yang paling baik dalam masyarakat





 7) Cara yang paling benar dalam memperbaiki realiti

 Contoh: Realitinya kita seorang pemalas, tetapi kita sering berlagak rajin, selagi bukan kita atau diri sendiri yang memperbaiki realiti kita, Siapa lagi??


8) Kerana keistimewaannya..
 Istimewa Tarbiyyah Dzatiyah ni, adalah sesiapa pun boleh melakukanya tanpa had batasan.. kerana ia berkaitan diri sendiri..


KENAPA MASYARAKAT SEKARANG TIDAK PEDULI????????????????

Mai sini sat, nak share something!!

1) Minimumnya Ilmu

Masyarakat sekarang kurang ilmu yang berasaskan Quran dan Sunnah, ini membuatkan masyarakat tidak mahu terlibat dengan kerja tarbiyyah ini.. Masyarakat juga tidak tahu apa itu Tarbiyyah, dan pelbagai lagi tentang Islam.

2) Tidak jelas saranan dan tujuannya
Mereka tidak tahu kenapa perlu tarbiyyah, kenapa perlu berubah. Apa yang ada dalam kepala cuma

 " Biarlar buat apa nak sibuk-sibuk, janji kerja jalan, itu pon dah cukup lar brader"
"adoi! Aku nak study lar akak, buat apa nak terlibat ni, ijazah kita pun belum tentu dapat!"
Wei,  aku ketua (CEO) lar, apa nak buat dengan benda ni?"
Haha, duit aku banyak, nanti aku derma kat Gaza lar, tak payah nak tarbiyyah ni"
"Halal ke benda ni?"

Mungkin ini yang sedang bermain dalam fikiran masyarakat sekarang. Mereka tidak tahu kepentingan Tarbiyyah itu sendiri, yang mereka tahu cuma Kerja,Ijazah,Jawatan,Harta, dan sebagainya..

3) Terikat dengan dunia

Berfoya-foya di dunia, hanya fikir akan kebaikan di dunia sahaja..

4) Pemahaman yang Salah

"Buat apa aku nak memperbaiki diri sendiri?, Aku dah solat 5 waktu cukup.
puasa tak tinggal, haji dah 10 kali, aku dah derma separuh harta aku, semua benda wajib aku dah buat, so nak apa lagi??"

Mereka terlalu memikirkan bahawa benda wajib sudah menjaminkan mereka masuk syurga. Inilah pemahaman yang salah dalam masyarakt kita.

5) Kurang asas Tarbiyyah

Ini menjurus ke  aspek persekitaran yang tidak mengalakkan kita untuk berubah, contoh sekolah yang pelajarnya semua tidak memakai hijab, tiba-tiba salah seorang memakai tudung, kompem lar, dia akan terikut juga... Persekitaran merupakan asas penting dalam Tarbiyyah.

6) Panjangnya angan-angan..

panjang angan-angan

Sering memikirkan umuar masih panjang, nyawa masih ada, masa masih panjang, hidup masih jauh lagi, masa depan masih tak terlihat. Semua ini merupakan angan-angan yang kita akan hidup lebih lama, tiba-tiba je kita ke esokkannya ...........tut............ (mati)



Setiap masalah mesti ada panduan, 

PANDUAN TARBIYYAH
1) Rajin Muhasabah, kita haruslah lihat kebaikan dan keburukan diri sendiri agar dapat menjadi lebih baik.
"Wahai orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang 
memperhatikan apa yang telah dilakukan untuk hari esok (akhirat)

dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Teliti 
apa yang kamu kerjakan"
(59:18)
amalkan amalan muhasabah diri secara harian (kata-kata Ibnu Al Qayim), 

"Orang cerdas ialah orang yang menghisab dirinya dan berbuat baik setelah kematian.
Orang lemah ialah orang yang mengikut dirinya kepada hawa nafsu dan angan-angan
kepada Allah"
Muhasabah terbahagi kepada 2 peringkat iaitu sebelum buat dan selepas buat.


2) Penggunaan waktu, ingat hisab yang plaing besar

  Menggunakan waktu untuk taubat nasuha dan istigfar (sunnah x100)
"janganlah kita lihat kecilnya dosa, tetapi lihatlah
siapa anda bermaksiat"





3)  Mencari Ilmu,
 Ilmu ini diibarat air di lautan, yang tidak pernah akan kering dan habis, kita haruslah banyak menuntut ilmu, kerana Ilmu Imam kepada semua Amalan.

Ilmu merupakan asas penting dalam setiap amalan, tanpa ilmu kita akan jahil terhadap Islam sendiri.

4) Kerja amalan-amalan soleh dan akhlak tinggi
amalan-amalan ini akan membuatkan iman dan taqwa kita meningkat. Akhlah yang tinggi bermakna akhlak yang baik, seperti sopan santun, hormat menghormati, penyayang, baik, ikhlas,pemurah dan sebagainya.

5) terlibat dalam aktivit dakwah. 
InsyaAllah tarbiyyah akan terbentuk jika kita aktif dalam berdakwah. Seperti Bulatan gembira, Raudhah, Rehlah, Qiam dan macam-macam lagi..

   "Katakanlah Muhammad, ini adalah jalan (agama)ku, aku dan orangyang mengikutiku
mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata,
dan Maha Suci Allah dan aku tiada termasuk dalam
orang yang musyrik"
(12:108)

6) Anda kena Mujahadah dalam perubahan yang anda lakukan...

Mujahadah bermaksud berusaha dalam mengerjakan sesuatu. Biar kita jadi orang pertama dan terakhir dalam mujahadah dalam perubahan.

7) Senjata mukmin iaitu doa dengan jujur

Semuanya terletak di tangan Allah untuk menentukan kita dapat tak Hidayah Allah yang sempurna..

"Kita seharusnya berdoa agar Allah tidak menarik balik hidayah
yang telah diberikan kepada kita
kerana tak semua orang dapat hidayah Allah"

Kata-kata terakhir dari Perindu Rasulullah s.a.w ialah berusaha lar dalam mencari Tarbiyyah ini

"Iman pasti akan lusuh dihati seseorang sebagaimana
pakaian yang lusuh, mintalah kepada Allah
perbaharui iman di hati kalian"
(Ath-Thabari)


Sekian dari Perindu Rasulullah s.a.w~

Shukran jazillan ..........