Allahamdulillah Perindu Rasulullah s.a.w dapat juga meng "update" kan post baru
![]() |
Allhamdulillah |
Bersambung dari kisah sebelumnya….
Merasai bahawa dia telah tewas oleh jawapan Iyas, dimana
anak muridnya sendiri, beliau mengangkat tangannya sambil berkata kepada Iyas,
“ Semoga Allah mematikan kamu sebelum dewasa”
# Perindu Rasulullah s.a.w rasa, bahawa guru Iyas amat marah atas tindakan Iyas sampai beliau mendoakan kematian Iyas..
# Perindu Rasulullah s.a.w rasa, bahawa guru Iyas amat marah atas tindakan Iyas sampai beliau mendoakan kematian Iyas..
Selepas tragedi itu, semakin hari semakin tersohor kehebatan
Iyas di seluruh masyarakat, sehinggakan ramai orang datang menziarahinya dari
seluruh pelusuk tempat untuk menyaksikan sendiri keluasan ilmu, kewarakan dan
kecerdasan beliau. Sebahagiannya ingin belajar dengannya, sementara yang
lainnya ingin menguji kehebatan beliau dan berdebat dengannya.
Pernah seorang yang bertaraf pemimpin kaum datang ke
majlisnya, Beliau bertanya “wahai Abu Wathilah (gelaran buat Iyas), apa
pendapatmu tentang minuman yang memabukkan?”
Bagi orang soleh yang tinggi kedudukannya disisi Allah
s.w.t. Iyas telah diberikan firasat bahawa pertanyaan lelaki itu hanya
bertujuan untuk menguji dan seterusnya untuk menghinanya.
Dia lantas menjawab “HARAM!”
Pemimpin itu membalas, “dari sisi mana dikatakan haram,
kerana sedangakan ia buah dan air yang diperam. Kedua-duanya halal.”
![]() |
Anggur dan air.. (sedapnya) |
Pemimpin itu membalas “Sudah”. Iyas mengatakan, ‘ Seandainya
ku ambil air dan ku siramkan ke mukamu, apakah kamu rasa sakit?”
Beliau menjawab, “Tidak”, “Jika ku ambil segenggam pasir
lalu ku lemparkan kepadamu, adakah rasa sakit?” Tanya Iyas. Beliau menjawab,
“Tidak!”
Iyas membalas. “Sekarang, jika ku ambil pasir, campur dengan
air, lalu digaulkan. Adunan itu aku jemur sehingga kering, lalu ku ambil dan
pukul kepala kamu, adakah sakit?” Mestilah” jawab Pemimpin itu.
Iyas menerangkan, “begitulah dengan khamr iaitu arak,
apabila dikumpulkan bahagian-bahagian dan diolah menjadi minuman yang mabukkan,
maka HARAM”
Iyas merupakan seorang yang fasih dalam berhujah..Beliau sering pandai mematahkan hujah orang lain.. Beliau juga berhujah bersumberkan Al Quran
Harap kita mendapat ikthibar dari kisah sirah beliau dalam memberi hujah untuk melawan sesiapa yang mengutuk Islam atau mempersoalkan Islam..
#Perindu Rasulullah s.a.w sungguh kagum akan keperibadian beliau, kita bila lagi??
Iyas merupakan seorang yang fasih dalam berhujah..Beliau sering pandai mematahkan hujah orang lain.. Beliau juga berhujah bersumberkan Al Quran
Harap kita mendapat ikthibar dari kisah sirah beliau dalam memberi hujah untuk melawan sesiapa yang mengutuk Islam atau mempersoalkan Islam..
![]() |
Quran yang cantik |
(persoalan yang wujud dalam kepala)
Sekian dari Perindu Rasulullah s.a.w
Xie Xie, Shukran Jazillan, Terima Kasih dan Thank You
Form Perindu Rasulullah s.a.w