Thursday 17 January 2013

Ibarat Tanah dan Hujan, Tapi tanah jenis apa aku ini?


Satu hari di bulan Muharam, hujan turun dengan lebat. Kesejukan membuatkan Saiful terjaga dari tidurnya. Sedar-sedar sudah pukul 9. Kelas dia bermula pada pukul 8...


Hujan
Saiful seorang yang pemalas dan biadap. Dia sering memarahi ibu bapanya demi memenuhi kepuasan nafsu sendiri. Mak Saiful menjerit  " Saiful pergi kedai sekejap lepas tu ajar adik kamu sifir, sebab kamu tak pergi kuliah, jadi kamu terpaksa ajar adik kamu, Faham tak Saiful?"

"Buat apa saiful nak ajar dia, dia memang tak pandai dah, nak bagi pandai buat apa, lagi pun memang Saiful tak nak pergi kuliah pun, Saiful kan dah pandai, buat apa nak pergi kelas, pergi exam je lar... Lebih baik main DOTA kat rumah lagi bagus!" Jawab Saiful dengan nada tinggi.

"Tolong mak pergi kedai sekejap," Mak Saiful menjerit sambil memasak. "Mak nampak tak hujan kat luar tu, buta ke?" Saiful membalas dengan kurang ajarnya.

kisah beliau bersambung.....


Terdapat banyak hadis-hadis sahih menceritakan kepentingan ilmu itu,
Kali ini Perindu Rasulullah s.a.w memilih hadis

Rasulullah s.a.w telah membuat satu perumpamaan tentang hidayah dan 
ilmu yang dibawa oleh baginda untuk seluruh alam- ibarat "Hujan". 
Ya Rasulullah s.a.w telah menjadikan petunjuk dan ilmu sebagai
'Hujan' manakala hati-hati manusia pula Baginda ibaratkan 
sebagai "Tanah".

Ilmu- Hujan yang lebat menimpa bumi
Manusia- Tanah-tanah dibumi, dimana Baginda telah membahagikan kepada 3 jeni
s

Pertama
     "di antara tanah itu ada yang suci dan baik, boleh menerima air, lalu tumbuhlah di atasnya 
rumput-rumput dan tumbuhan yang banyak".

tumbuhan
Siapakah golongan ini? Mereka adalah orang yang menuntut ilmu dan hidayah dari Allah s.w.t dan beramal dan memanfaatkannya untuk diri mereka. Malah mereka juga memanfaatkan ilmu itu untuk kepentingan orang lain juga dan menyebarkan nya..

Adakah saiful dalam golongan ini?


Kedua
"di antara tanah itu pula, ada yang tidak tumbuh tanaman, ia menakung air, maka dengannya Allah s.w.t memberikan manfaat kepada orang ramai. mereka minum, memberi minuman dan juga bercucuk tanam."

tanah yang bertakung air

Inilah golongan yang juga baik nilainya, walaupun mungkin mereka tidak mengambil faedah atau kepentingan daripadanya atau ilmu tidak begitu berkesan pada diri mereka, namun merek berjaya untuk menyebarkan ilmu itu dan menyampaikan kepada orang lain. Maka ramai manusia yang mengambil faedah daripada tersebut malah lebih baik dari dirinya. Namun tidak mengapa, kerana sekurang-kurangnya menyampaikan ilmu itu dapat menambah sahamnya di akhirat kelak.

Adakah Saiful dalam golongan ini?

Ketiga
"dan hujan itu menimpa satu jenis tanah lagi, ia hanyalah tanah gersang. tidak mampu menakung air dan tidak pula menumbuhkan tumbuh tumbuhan".

tanah gersang

Mampukah kita berkata apa-apa tentang golongan ini?
Sudahlah tidak menerima ilmu, dirinya juga tidak memberikan apa-apa manfaat kepada orang lain.


Adakah Saiful dalam golongan ini?


Kesimpulan
Oleh sebab itu di akhir bicara, Baginda s.a.w telah membuah kesimpulam tentang jenis-jeniss tanah tersebut:

 "Begitulah diibaratkan seseorang yang memahami agama Allah dan dirinya mendapat kebaikan daripada apa yang Allah berikan kepadaku. Dia mengetahui lalu mengajarnya kepada orang lain. Begitu jugalah diibaratkan pula seseorang yang tidak mempedulikan apa yang diberikan kepadaku, dan tidak menerima petunjuk Allah yang diutuskan aku dengannya."

Tugas kita lah untuk menyampaikan apa yang Rasulullah telah sampaikan, itulah tujuan berdakwah iaitu mengajak orang kepada kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Mari kita fikir bersama....
Ayuh!! Bangkitlah wahai saudaraku, bila lagi nak berdakwah dan bangkitkan Islam di muka bumi ini?
Ayuh saudaraku, bila lagi kita nak perjuangkan Islam?
Ayuh saudaraku, bila lagi kita nak umat Islam menang?
Ayuh saudaraku bila lagi kita nak berdakwah? kalau bukan kita? jadi siapa??

Ustaz?, Ustazah? Ulama? Guru agama? Tokoh ilmu? siapa lagi, kalau bukan kita?

Tanah jenis apakah kita??
Adakah selama ini kita benar-benar menafaatkan "hujan"?

Perindu Rasulullah s.a.w termenung seketika... Elok kita termenung sambil melihat "Hujan" menimpa "Tanah".

Selamat berfikir......
From Perindu Rasulullah s.a.w






3 comments: