Monday, 14 January 2013

Sujud Sahwi ku!

Satu hari Perindu Rasulullah s.a.w teringin rasa nak solat subuh di sebuah masjid berdekatan.. Sudah bangun awal dah ni, semangat semakin membara sehingga boleh masak sepinggan nasi...



Pergi-pergi, imam sudah membaca Al-fatihah dah... Apa lagi, saya pun kelam kabut lar jadinya. Saya pun masuk lar dalam saf... tiba sampai rakaat kedua, imam sedang rukuk sambil makmu sedang mengikut imam, selepas iktidal, imam terlupa baca Doa Qunut... 

Dalam hatiku berkata "Adoiii, imam ni terlupa pulak doa qunut, macam mana aku nak buat ni, sujud lepas tahiyat akhir tu apa nama dia?, nak baca apa?". Macam-macam persoalan di kepala otakku ini.

Selepas selesai solat, saya terus balik dan terbaca sebuah artikel tentang sujud syahwi....

TATACARA SUJUD SAHWI

Dipetik dari buku beberapa Persoalan Lazim tentang Solat (Mohd Yaakub bin Mohd Yunus)

Maksud sahwi ialah dari segi bahasa ialah lupakan sesuatu. Menurut Muhammad bin Shalil al-'Utsaimin rahimahullah: Sujud sahwi ialah dua sujud yang dilakukan oleh sesorang yang bersolat untuk menutup kekurangan ketika solat yang disebabkan lupa.




Kebiasaan di Malaysia:
1) Ianya dilakukan selepas tahiyat (tasyahhud) akhir sebelum salam.
2) Bacaan dalam sujud سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو (Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa)

Kita seharusnya mencontohi Nabi kita, kerana
                          "Solatlah sepertimana kamu melihat aku bersolat."

Setelah meneliti hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam, kita dapati sujud sahwi ini dilakukan samada sebelum atau sesudah salam bergantung kepada situasi kekurangan atau penambahan yang berlaku dalam solat. Muhammad bin Shalih al-‘Utsaimin rahimahullah menyatakan:


Sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi dalam solat secara global ada tiga hal iaitu:


1. Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya.


2. Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat.


3. Ragu-ragu (Shak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat samada tiga atau empat.

Sebelum kita meneruskan perbincangan di dalam bab ini, adalah baik sekiranya terlebih dahulu ditegaskan bahawa penambahan atau pengurangan gerakan dalam solat secara sengaja boleh membatalkan solat. Sujud sahwi hanya disyari’atkan ke atas kekurangan atau penambahan yang berlaku di dalam solat secara tidak sengaja. Ini sebagaimana Sabda Nabi shalallahu 'alaihi wasallam:



إِذَا زَادَ الرَّجُلُ أَوْ نَقَصَ فَلْيَسْجُدْ سَجْدَتَيْنِ.


Jika solat seseorang terlebih atau terkurang, maka hendaklah dia sujud dua kali.



Bacaan Ketika Sujud Sahwi

Jika kita teliti hadis-hadis Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan sujud sahwi, ternyata baginda shalallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengajar bacaan khusus yang perlu dibaca ketika sujud sahwi ini. Apa yang dapat kita simpulkan di sini bahawa bacaan ketika sujud sahwi adalah sama seperti yang dibacakan dalam sujud solat yang biasa:

سُبْحَانَ رَبِّيَ الأَعْلَى وَبِحَمْدِهِ
.

Maha suci Tuhanku dan segala puji bagi-Nya.


Tentang bacaan سُبْحَانَ مَنْ لاَ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو Subhaana man laayanaamu walaa yashuu (Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa), ianya bukan dari sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam, tidak pernah diamalkan oleh para sahabat dan seluruh salaf al-Ummah termasuk imam-imam mazhab yang empat.

Muhammad Abdussalam Khadr al-Syaqiry rahimahullah berkata:
Tidak pernah diriwayatkan sesuatu doa yang khusus untuk sujud sahwi daripada Rasulullah shalallahu 'alaihi wasallam. Doa yang dibacanya (shalallahu 'alaihi wasallam dalam sujud sahwi ) adalah sama seperti doa yang dibaca ketika sujud biasa. 

Kesimpulannya yang apa saya dah kaji, baca doa apa pun dibenarkan sebenarnya.... Harap maklum


Semoga dapat ilmu dari apa yang Perindu Rasulullah s.a.w post.




Shukran jazillan, Xie-Xie, Terima kasih, Thank You
Form Perindu Rasulullah s.a.w





4 comments:

  1. jazakillah.. sesuatu ilmu yg sgt berguna..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, harini sy dpt pelajari sesuatu yg sy tidak tau sblum ni, terima kasih Perindu Rasulullah S.A.W, Semoga Allah sentiasa bersama kita n sy harap awk teruskan kerja dakwah di mana kerja yang d tinggalkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita semua, Umat Islam. :)

    ReplyDelete
  3. tengok balik ada update baru.. sy dah bincang gan ustaz

    ReplyDelete